Selasa, 30 April 2019

Panduan Kerja di Singapore



Nak gaji level  RM3K ~RM7k tapi Sijil SPM jeer? Hahaha.. bunyi macam Mat Jenin, tapi itu tak mustahil kalau kau dapat kerja kat Singapura.




Aku tak tipu, kalau tukar duit, Gaji Cleaner SGD1300 ke RM kan dah jadi RM3900 sebulan. Banyak tu. Kalau kat Malaysia nak boleh Gaji RM3900 dengan sijil SPM memang orang gelak kat kau lah. 

Sebab tu ramai warga Malaysia yang berpusu-pusu bekerja di Singapura. Sanggup redah trafik jem kat tambak Johor. Bangun seawal 4 pagi, balik lewat sampai rumah pukul 10.00 mlm. Esoknya ulang lagi rutin yang sama setiap hari bekerja. Semata-mata nak duit lebih 3x GANDA untuk menampung kos kehidupan  semakin mahal. (Sendiri tahu dan fikirlah apa yang mahal)


Tapi bagaimana nak boleh kerja kat sana? Apa langkah-langkah yang perlu diikuti? Apa dokumen yang perlu? dan pelbagai lagi lah, Ahhh! Pening kepala jugak ea.. hihihi

Okeylah, aku dah buat sedikit research untuk dikongsikan bersama-sama bagi menyampaikan hajat rakan-rakan yang ingin berhijrah bagi mendapatkan kehidupan lebih baik. Di sini aku sertakan beberapa tips untuk panduan korang semua.

TIPS-TIPSNYA
1-  Buat Pasport untuk tempoh 5 tahun terus. Kosnya RM200. Dulu-dulu punya harga RM300.
Untuk tahu lebih lanjut proses buat passport boleh layari link nie https://www.permohonan.my/harga-terkini-pasport-malaysia-antarabangsa/

2-  Sediakan resume atau CV dalam bahasa Inggeris yang terbaik dan kemas dan CUN-CUN ! Panduan buat resume ikut link nie  https://kokotiam.com/tips-resume-yang-baik/ dan sediakan salinan resume sebanyak mungkin sebab nak hantar kat banyak syarikat dari yang ciput sampai yang sebesar-besar kau nak cuba. Jangan takut, cuba ajelah,  rezeki Allah S.W.T yang tentukan. Kau ikhtiar aje dan tawakkal insyallah ada hasilnya.

3-  Nak cari kerja kosong kat mana? Cari lah kat link nie https://www.fastjobs.sg/

4- Tak perlu upah agen bagai nak mintak kerja kat Singapura. Walk-in aje.

5-  Sediakan duit belanja makan dan transport untuk sebulan, pasal gajinya bulan depan baru masuk. Kalau tak, susah kau nanti.

6-  Pastikan badan kita sihat bebas dari penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kalau rasa dah rabun tu, pakai cermin mata. Pasal nak lulus permit kerja di Singapura perlukan lulus laporan kesihatan.

7-  Bila dah ada permit kerja, tak perlu risau, hak kita sebagai pekerja terjamin. Kita tertakluk dibawah undang-undang buruh Singapura. Boleh saman majikan kalau dia buat hal mcm tipu, tak bayor OT ker, tak kasi MC ker,

8-   Levi dan Permit Kerja kena bayor ke?  Semua majikan tanggung bereess, kau pergi aje kat Ministery Of Manpower (MOM) kat  18 Havelock Road. 

9-  Cari bilik sewa di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Kos rumah dan bilik di Singapura mahal giler der..  tak cukup duit kau nak makan kalau tinggal kat sana.

10-   Dah kerja kat Singapura kena buat kad auto pass nie kalau masuk pakai Motor.


11- Kalau naik motor masuk Bandar pastikan autopass tu ada duit dan mesin smarttag tu okey, ERP aktif detecting kat area kawasan tu. Kalau tak, nanti nak keluar kat kastam abang bayar saman SGD70. Tak nak pening kepala naik MRT jee.

12- Kalau masuk Highway Singapura, tak boleh bawak motor macam cari rumah sewa kat line Kiri, nanti kena saman sesaja, line kiri untuk kecemasan sahaja.

13- Takut sesat install dalam smart phone korang APP nie..Install Checkpoint – untuk tengok keadaan lalu lintas kat JB-woodlands. Install sg map untuk naik mrt dan bas.

Nak lagi jelas dan terang boleh boleh baca kat ebook nie. Memang habis dari A sampai Z dia cerita teknik-teknik dan trick-trick rahsia nak cari kerja kat singapura.

Memperkenalkan Ebook Panduan Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura!



Panduan Kerja di Singapore

Nak gaji level  RM3K ~RM7k tapi Sijil SPM jeer? Hahaha.. bunyi macam Mat Jenin, tapi itu tak mustahil kalau kau dapat kerja kat Singapura...